Sambungan cerita I rindu my hubby, yup we met up at KJ, and we went to KLCC to watch “UNACCEPTED”...itu je yang ada masa tu, but quite ok gaklah cerita tu..which i dont think kat JB akan kuar. After that, gi my house dalam keadaan hujan lebat. Without payung, kitorang redah gak...
So, pendekkan cerita, our supposed holiday together was cancelled due to ada sedara rapat my hubby meninggal. Memandangkan I ada kerja on Monday (13 Nov), i memang tak dapat attend. Alkisah, i memang dah start demam, balik Selasa on the morning flight, gi ofis tak larat, amek time off, kat umah rasa sakit dada sangat....panggil ofismate hantarkan kat Hospital Kerajaan di K****. Masuk emergency, masuk air and doktor kata i gastrik. I diberi pilihan utk stay tapi kena tunggu bed, sebabnya bed penuh...takpelah, i tanya Doktor memang I ok ke. Dia kata, tak ada apa-apa, Cuma gastrik je.
Itulah dia, i makan cukup and tak skip meal, tapi bila dr stil insist i gastrik, i akur. I balik dengan keadaan my hubby pun baru start demam...I stil ingat I ok, mungkin ubat injection dr. bagi, malam je bermulalah i tak boleh nafas and i dah demam menggigil, muka dah bengkak (mungkin reaction dgn ubat gastrik). My hubby bawak ke pakar, namanya pun swasta. Terus masuk, letak wayar2 kat badan i, check jantung i, normal katanya..masuk ctscan, esok tau keputusan.
Esoknya rabu, gi jumpa dr pakar tu, blah blah blah dia pun terang kan detail i ada bad sinus and tonsil. I ada tonsil?sinus tu tau, tapi tak pikir teruk macam tu....i tgk diagram tu je dah nak pitam...lepas jumpa dr je terus ready nak masuk OT...huhuhu, sakit jiwa masa tu.....sebab i dah overcome 2 operation previously (2 op tu i ready kecuali miscarriage) but stil yang ini jumpa dr je terus dia kata nak operate. Even though my hubby pun cam tak caya jer...alih2 I sedar, I dah kuar ot, and sakit lepas bius, Tuhan je yang tahu, dengan mulut rasa tak boleh tutup.hidung berbungkus, darah coming out from hidung and mulut....errr...nauzubillah min zalik.
Keluar hari Jumaat and ever since then kat umah je,.....but i learnt a lot. Orang yang datang ziarah atau lawat kita ada dua jenis, satu yang benar2 care dan satu lagi yang nak pastikan kita ni sakit atau tak...lawak kan? Memang keja i banyak, i tinggalkan opis di kala keja tengah banyak....so, memang tak puas hatilah....i akan paham, tapi janganlah buat sampai orang sakit pissed off. I tulis ni Ahad. I tak tahu camne nak naik keja....dengan keadaan hati tak tenang...ermm, i dapat cuti hospitalised (MC dengan Hospitalised berbeza tau!) dari 14 November until 10 Disember. Almost one month....
Actually, stitches pun belum bukak, either jatuh sendiri atau kalau tak jatuh i kena gi balik sana minggu depan....and rasa ngilu sekarang ni...hidung dah nampak normal, tak adalah kembang semacam...
Yang penting i bersyukur Allah masih sayangkan I......I dah selamat hantar tesis I. Selepas mintak excuse dengan fakulti....huhu tragis sungguh pengajian sarjanaku, bermula dengan DNC for miscarriage berakhir dengan operation sinus and tonsil....Confirm, masa konvo nanti i menangis sakan..dugaan hebat...so, for u guys, some tips from me yang dah rasa sakit, sinus memang semua orang ada, its just how bad it is yang matter. Dr. cakap i allergy habuk, etc etc (buat allergy test), i memang high allergy. In my opinion, environment factors kita tak leh elak, macam kwsn berhabuk, takkan nak pakai mask sepanjang masa, the only thing minum air masak banyak...dah tau allergic dengan kucing, anjing atau bear2 jangan gi gatal2 dekat atau bela...but the main factor yang kita boleh jaga is our pemakanan...what we eat tu yang beri kesan, kalau dah tau tak boleh makan seafood, takyahlah makan, kalau mampu gi buat allergy test...
Buat masa sekarang, tengok apa yang you all makan yang directly give impact..i have learned my lesson...just a piece of thought...yang kelakarnya i boleh terima bila the test shows that i should avoid crab but soya bean?hehehe, badan i lebih protein and kurang sel darah merah. And dr ingat i vegetarian, like HAH?aku dahlah tak suka sayur...but at least gud sign, i dah start makan sayur masa masuk U lagi....
Now, since tekak i tengah reject semua makanan keras (bukan minuman keras ok), so its my high time untuk diet...I tak amek crash diet ok...i amek healthy one...at least I am trying, and I berdoa I taknak usaha I hangat2 tahi ayam jer...
Thats all for now, hopefully, everything will go smoothly....
No comments:
Post a Comment